Monday, February 1, 2016






Assalamualaikum , Salam Sejahtera , Salam 1 Politeknik , Salam 1 PTSB ,   Salam 1 Malaysia …

Pertama sekali ....

Tujuan blog ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi tugas yang diberi oleh pensyarah Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam kami iaitu Puan Raihan binti Ahmad . Dalam setiap kumpulan, kami diberi tajuk masing masing dan diminta untuk menulis blog berkaitan tentang tajuk tersebut . Pengisian blog ini lebih tertumpu kepada tajuk Makhluk Berpasangan .

Admin untuk blog ini terdiri daripada 3  orang iaitu Norhazlinda binti Pingni 16DET15F1027 , Nurfarzana Izzati Binti Zamri 16DET15F1014 , Faeezah Noor Binti Abdul Halim 16DET15F1030 .



Akhir kata , di harap pengisian blog ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada anda semua berkaitan dengan  tajuk MAKHLUK BERPASANGAN itu sendiri dan diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya . Sekiranya terdapat apa pencanggahan idea atau maklumat , komen , ataupun apa apa pandangan boleh la usulkan .
FAKTA AL-QURAN DAN AL-HADIS


Dalam tajuk makhluk berpasangan, terdapat beberapa fakta yang boleh diambil daripada al-Quran dan al-hadis. Al Qur’an berulang-ulang menyebut adanya pasangan dalam alam tumbuh-tumbuhan, juga menyebut adanya pasangan dalam rangka yang lebih umum, dan dengan batas-batas yang tidak ditentukan.



“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa-apa yang mereka tidak ketahui.” [Yaa Siin 36:36]



Sejak awal kewujudan manusia, manusia dapat perhatikan hubungan berpasangan ini telah wujud. Di mana lelaki pasanganya wanita, langit pasangannya bumi, matahari pasangannya bulan, siang pasangannya malam.



Di dalam Islam, kita turut diajar soal dosa pasangannya pahala, syurga dan neraka, syaitan dan malaikat.

Dalam ayat yang lain juga Allah telah menjelaskan bahawa manusia telah diciptakan berpasang-pasangan. 








(ASY SYURA:11)

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikan-Nya kamu berkembang biak dengan jalan itu. Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dialah yang Maha Mendengar dan Melihat."

Manakala dalam hadis yang bermaksud, ertinya: Seorang wanita dinikahi karena empat hal: karena hartanya, karena keturunanya (nasab), karena kecantikannya dan karana agamanya. Maka utamakanlah agama. Hal itu akan menghalangi tanganmu. (HR. Bukhari, Muslim, al-Nasa’i, Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad ibn Hanbal, dan al-Darimi dari sahabat Abu Hurairah ra) 

Hadis tersebut menjelaskan bahawa dalam mencari pasangan kita perlu memandang pada empat perkara iaitu harta, keturunan, kecantikan dan agama seseorang itu.







Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” (Riwayat Abu Daud)





PANDANGAN SAINTIS

Seorang Ilmuwan Inggeris, Paul Dirac, yang menyatakan bahawa proton diciptakan secara berpasangan, dianugerahi Hadiah Nobel di bidang fizik pada tahun 1933. Penemuan ini, yang disebut “parité”, menyatakan bahawa proton berpasangan dengan lawan jenisnya: anti-proton. Anti-proton memiliki sifat-sifat yang berlawanan dengan materi. Misalnya, berbeza dengan proton, elektron anti-proton bermuatan positif, dan protonnya bermuatan negatif. Fakta ini dinyatakan dalam sebuah sumber ilmiah sebagaimana berikut:





PROSES TERJADINYA ATOM HIDROGEN
                
“…setiap partikel memiliki anti-partikel dengan muatan yang berlawanan … dan hubungan ketidakpastian mengatakan kepada kita bahwa penciptaan berpasangan dan pemusnahan berpasangan terjadi di dalam vakum di setiap saat, di setiap tempat.”
 

 Jadi jelas makna segala sesuatu diciptakan secara berpasangan tidak hanya bermakna kiasan saja,namun secara zahiriah memang berpasangan. Seandainya tidak diciptakan seperti ini,maka kehidupan tidak akan ada kerana energi yang terdapat pada setiap partikel berasal dari pasangannya Hal ini juga menyifatkan adanya pasangan dari  segala hal di alam ini. Kalau ada proton dan anti proton,maka seluruh benda jelas memiliki pasangannya. Ertinya ada dunia lain yang merupakan pasangan dari dunia yang kita tempati ini. Dunia yang berbeza dimensi dengan dunia yang kita inap sekarang. Dunia yang sama seperti dunia kita namun segala sesuatu didalamnya merupakan kebalikan dari dunia yang kita inap sekarang.



PROSES PERSENYAWAAN TUMBUHAN



PROSES PERCAMBAHAN BIJI KACANG HIJAU 





Dan dari segala buah-buahan Dia menjadikan padanya berpasang-pasang dua..( Ar-Ra’d : 3 )
Buah adalah produk terakhir dari sistem pembiakan tumbuh-tumbuhan berperingkat tinggi. Peringkat sebelum menjadi buah adalah bunga, yang mempunyai organ jantan dan betina (benang sari dan ovula), Apabila debunga di bawa ke bunga, ia menjadi buah, yang mana buah ini akan ranum dan membebaskan bijinya. Oleh itu semua buah-buahan menunjukkan adanya organ jantan dan betina; sepertimana fakta yang diterangkan dalam Al-Qur’an.